Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2014

Pada 22/11/14 lepas, seminar ini telah dijalankan dengan jayanya di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Seramai 150 pelajar dari 5 buah sekolah telah hadir ditemani dengan 4 guru-guru pengiring. Cikgu Noorhaida dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2 Shah Alam merupakan penceramah utama dibantu oleh Cikgu Raheel yang merupakan Pengetua dari Pusat Tuisyen Efektif Seksyen U12 Shah Alam. Seminar ini diadakan 2 hari sebelum kertas SPM Kimia bertujuan untuk memastikan pelajar bersedia sepenuhnya sebelum menduduki paper Kimia. Dari respon yang diberikan peserta, ternyata seminar ini telah banyak membantu dan menaikkan keyakinan pelajar untuk menduduki peperiksaan. Selamat berjaya untuk SPM 2014 kami ucapkan!

Imej 1

Seminar Teknik Menjawab Kimia SPM 2014