Kenali Pusat Tuisyen Efektif

Pusat Tuisyen terbaik untuk Subjek Kritikal

Pusat Tuisyen Efektif (TE), merupakan Pusat Tuisyen terbaik yang terletak di Seksyen U12, Shah Alam (berdekatan Seksyen 7). Tuisyen Efektif  telah dibuka pada 1 Disember 2013 dengan mengfokuskan subjek -subjek sains yang kritikal untuk Tingkatan 4 & 5 seperti Kimia, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Prinsip Akaun & Sains. Kelas untuk subjek teras seperti Bahasa Melayu, English, Matematik Moden dan Sejarah juga telah dibuka atas permintaan pelajar-pelajar. Selain itu, subjek PT3 seperti BM, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah & Sains juga ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 3. Keberkesanan modul yang diaplikasi di Tuisyen Efektif telah memberikan impak yang positif kepada para pelajar sekolah-sekolah untuk menambah ilmu atau kefahaman mereka dalam subjek tersebut.

10 Pelajar Sahaja

Pusat Tuisyen Efektif mempunyai keunikan tersendiri dengan had pelajar seramai  10 orang  sahaja bagi setiap kelas. Keperluan had ini adalah untuk memastikan bahawa fokus guru ini tertumpu kepada pelajar tersebut secara maksimum. Kualiti pengajaran juga dapat ditingkatkan dalam kumpulan kecil dan pelajar-pelajar dapat diberikan sepenuh perhatian oleh cikgu. Suasana pembelajaran yang tenteram dan kondusif juga membantu pelajar memberi tumpuan yang tinggi kepada guru yang mengajar. Limitasi pelajar merupakan aspek utama dalam memberikan yang terbaik dalam sesebuah penghasilan yang terbaik.

Guru Sekolah & Guru Tuisyen Terlatih

Kelebihan utama pusat tuisyen ini ialah adanya guru-guru sekolah dalam pasukan tenaga pengajar disini. Ini memastikan kualiti pengajaran & pembelajaran yang tinggi, yang terbukti amat membantu pelajar mencapai prestasi yang memberansangkan dalam pelajaran mereka. Boleh baca testimonial guru-guru dan video di sini. Cikgu-cikgu sekolah juga sentiasa memastikan silibus subjek sentiasa dikemaskini dan mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia. Cikgu  yang bukan dari sekolah atau tutor lain yang diambil juga dipastikan mempunyai pengalaman mengajar yang lama, serta mempunyai teknik dan skil mengajar yang bagus untuk membantu pelajar mencapai peningkatan dalam pelajaran mereka.

Ibubapa & Pelajar Berpuashati

Usaha keras cikgu-cikgu ini ternyata membuahkan hasil apabila pelajar-pelajar menyatakan perasaan seronok & puas hati mereka terhadap kualiti pengajaran yang diberikan. Ini boleh dilihat sendiri dari testimonial bertulis dan video yang disertakan dalam laman ini. Ibubapa juga berasa senang hati dan bangga apabila anak-anak mereka menunjukkan peningkatan dalam ujian dan peperiksaan. Semestinya pengorbanan ibubapa dari segi usaha, masa dan wang ringgit untuk menghantar anak- anak mereka belajar disini berbaloi dan tidak sia-sia.

Khidmat & Tawaran Lain di Pusat Tuisyen ini

Untuk pelajar-pelajar yang perlukan transport, perkhidmatan mengambil ke pusat tuisyen dan menghantar ke rumah turut disediakan (dengan bayaran tambahan). Info lanjut di sini. Ini pasti melegakan ibubapa yang tidak sempat pulang dari tempat kerja untuk menghantar anak mereka ke pusat tuisyen.

Selain itu, kami juga mempunyai pelbagai tawaran dan perkhidmatan lain seperti jualan buku rujukan, modul, buku latihan untuk subjek SPM dan PT3, seminar SPM & PT3, seminar motivasi, seminar teknik menjawab SPM & PT3, sewaan bilik dan pejabat / ofis untuk seminar, projek, latihan, mesyuarat, ofis maya atau virtual office, seminar & latihan untuk guru, tutor dan pengajar, guru untuk home tuition atau tuisyen di rumah, program dan kem cuti sekolah, penyediaan makanan & minuman untuk seminar & kem, baju, T-shirt & cenderamata dan banyak lagi. Jika anda berminat untuk mendapatkan mana-mana perkhidmatan atau tawaran di atas, bolehlah menelefon kami atau lawati www.tuisyenefektif.com. Anda juga boleh datang ke pejabat kami di Seksyen U12. Peta lokasi ada di sini. Kami menjemput dan mengalu-alukan kedatangan anda. Lawati juga Facebook kami di sini.

Juga jikalau anda berminat untuk bekerjasama atau JV dengan kami untuk apa-apa perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan dan tawaran di atas, bolehlah menelefon kami atau datang ke pejabat kami di Seksyen U12, Shah Alam, Selangor.

Terima kasih.

 

pusat tuisyen shah alam seksyen U12 seksyen 7

Sertailah Pusat Tuisyen Efektif Hari Ini!

 

Leave a Feedback / Questions !