Apa nak buat Cuti Sekolah ni ya???

Hai semua! Apa khabar? Apa cerita tahun ni?? Dah dapat rasakan ‘positive vibes” 2017???Hehe semoga berjaya untuk tahun 2017 ni ya!

 

Cuti sekolah penggal pertama akan bermula 18 Mac 2017 sehingga 26 Mac 2017. Pastikan pelajar-pelajar sekalian gunakan masa cuti ini dengan bermanfaat ya.

Kalau nak bercuti, pergilah bercuti bersama keluarga dan adik -beradik. Lihat dunia dan nikmati keindahan milikNya. Ada banyak tempat-tempat menarik di dalam Malaysia dan jika mahu, berjalanlah ke luar negara kerana tiket-tiket penerbangan sangat berpatutan buat masa ini! Pastikan bercuti sepuas-puasnya supaya balik nanti ada seribu satu cerita untuk dikongsi dan berjuta pengalaman untuk memberi semangat kepada diri untuk lebih maju lagi.

🙂

 

Kalau nak mengulangkali pelajaran, pergilah cari guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mahukan kejayaan di dalam PT3 dan SPM. Pastikan fokus dengan misi anda kerana kejayaan dalam pelajaran menjanjikan seribu satu pencapaian yang tak tercapai dek akal fikiran. Guru-guru dan ibu bapa jangan lokek untuk membantu ya! Siapa tahu anda dapat melahirkan insan yang berguna nanti.

😀

 

Kalau nak beriadah dan bersukan, pergilah sertai berbagai-bagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, surau, kawasan kejiranan dan kawan-kawan. Pasti anda akan puas bermain dan ini pastinya menyihatkan tubuh badan dan membina tahap kretiviti diri. Beriadah dan bersukan sangat meluas di Malaysia ini. Ada sukan indoor dan outdoor. Cubalah aktiviti memanah kerana ini sangat baik untuk diri. Tahap fokus lebih tinggi dan badan menjadi tegap hasil daripada memanah.

?

 

Apa-apapun yang anda ingin lakukan, lakukanlah dengan niat yang betul. Usiamu muda jangan disia-siakan dengan aktiviti melepak dan duduk tidak berbuat apa-apa dirumah. Ringan-ringankan tulang membantu ibu bapa kerana masa itu lebih berharga dari emas. Usahakan lebih banyak beramal untuk akhirat nanti kerana masa remaja lebih berharga berbanding masa tua dan sibuk nanti.

?

 

Semoga berjaya!

Ikhlas dari, TE.

Leave a Feedback / Questions !