Seminar Intensif Kimia & Add Maths – Road to SPM 2019

Salam semua,

Untuk makluman, Seminar Road to SPM 2019 akan diadakan bermula 12 Ogos ini. Untuk pertanyaan atau pendaftaran, sila hubungi 017-715 3143 (Cikgu Raheel) atau  017-767 3112 (Cikgu Noorhaida) .

Lokasi seminar di Pusat Tuisyen Efektif. Info seperti di bawah:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seminar Tuisyen Shah Alam SPM

Seminar SPM Shah Alam

Seminar Kimia Add Maths SPM

Lokasi Seminar

Biodata Guru Seminar

Exam is just around the corner ! ?

Hai semua ! Buat apa tuu ? Khabar angin mengatakan ada yang dah start exam minggu depan 🙂 Semua dah ready ke ? Takpe , jangan takut. Exam awal tahun senang je !

Sini saya nak share tips nak amik exam 🙂 🙂

  •   Semak Jadual Peperiksaan ?

Mesti tertanya-tanya kenapa kena semak jadual kan ? Kita semak jadual supaya kita lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan ! So , senang nanti tau nak ulangkaji mata pelajaran apa dulu.

  • ? Sentiasa datang awal untuk menduduki exam dan ELAKKAN datang lambat ?

Kenapa kena datang awal ? Mestilah kena datang awal , lol. Datang awal ni boleh buat diri lagi tenang tau 🙂 Bayangkan kalau kita datang lambat , peh confirm nanti gelabah la , time tula pulak tak jumpa alat tulis semua tuu. Belum lagi kalau tambah kena marah ngan cikgu sebab lambat. Haaa , kan dah hilang mood nak jawab exam ??

  • Semak semula alat tulis nak jawab exam cukup tak??

Hehe mestila kena semak. Nanti kalau tiba-tiba pen takde time nak jawab exam , nak tulis pakai apa ? So , semak lah siap-siap time sebelum gi tidur untuk jawab esok !

P.S. , Kalau terlupa jugak , ha takpe pergilah pinjam kawan punya pen (Harap-harap dia kasi la??)

  • Sentiasa ‘Cool’ and Confident time nak jawab exam tu ?

Nak jawab exam ni kena cool dengan confident. Kalau tak tenang dan terlalu nervous , nanti nombor 1 pon jadi 11 ? Tapi , jangan terlebih confident pulak. Bila dah terlebih confident , jawapan pon dah tak semak balik. Bila tak semak balik , peh rugi. Kadang-kadang ada soalan kita rasa dah betul , tapi salah sebenarnya. Lagi-lagi kalau salah dia tu , kita terlupa nak letak nombor 2 je ?

 

Okay , sampai situ je kot. Banyak-banyak nanti korang bukan baca pon ?Oh lagi satu , jangan lupa jaga kesihatan ! Kesihatan tu penting gak. Kalau sakit nanti , lagi perit nak amik exam ?

So students , study SMART study Hard. Jangan study hard je tapi tak study smart hehe.

GOODLUCK ! ??

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sincerely ,

Ex-Student TE.

Apa nak buat Cuti Sekolah ni ya???

Hai semua! Apa khabar? Apa cerita tahun ni?? Dah dapat rasakan ‘positive vibes” 2017???Hehe semoga berjaya untuk tahun 2017 ni ya!

 

Cuti sekolah penggal pertama akan bermula 18 Mac 2017 sehingga 26 Mac 2017. Pastikan pelajar-pelajar sekalian gunakan masa cuti ini dengan bermanfaat ya.

Kalau nak bercuti, pergilah bercuti bersama keluarga dan adik -beradik. Lihat dunia dan nikmati keindahan milikNya. Ada banyak tempat-tempat menarik di dalam Malaysia dan jika mahu, berjalanlah ke luar negara kerana tiket-tiket penerbangan sangat berpatutan buat masa ini! Pastikan bercuti sepuas-puasnya supaya balik nanti ada seribu satu cerita untuk dikongsi dan berjuta pengalaman untuk memberi semangat kepada diri untuk lebih maju lagi.

🙂

 

Kalau nak mengulangkali pelajaran, pergilah cari guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mahukan kejayaan di dalam PT3 dan SPM. Pastikan fokus dengan misi anda kerana kejayaan dalam pelajaran menjanjikan seribu satu pencapaian yang tak tercapai dek akal fikiran. Guru-guru dan ibu bapa jangan lokek untuk membantu ya! Siapa tahu anda dapat melahirkan insan yang berguna nanti.

😀

 

Kalau nak beriadah dan bersukan, pergilah sertai berbagai-bagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, surau, kawasan kejiranan dan kawan-kawan. Pasti anda akan puas bermain dan ini pastinya menyihatkan tubuh badan dan membina tahap kretiviti diri. Beriadah dan bersukan sangat meluas di Malaysia ini. Ada sukan indoor dan outdoor. Cubalah aktiviti memanah kerana ini sangat baik untuk diri. Tahap fokus lebih tinggi dan badan menjadi tegap hasil daripada memanah.

?

 

Apa-apapun yang anda ingin lakukan, lakukanlah dengan niat yang betul. Usiamu muda jangan disia-siakan dengan aktiviti melepak dan duduk tidak berbuat apa-apa dirumah. Ringan-ringankan tulang membantu ibu bapa kerana masa itu lebih berharga dari emas. Usahakan lebih banyak beramal untuk akhirat nanti kerana masa remaja lebih berharga berbanding masa tua dan sibuk nanti.

?

 

Semoga berjaya!

Ikhlas dari, TE.

Nak tahu Motto TE???

‘WE STUDY HARD, WE WORK HARD, WE PLAY HARD’

 

Kalau anda nak tahu, inilah motto kejayaan kami. Jika ditanya, kami bukanlah pelajar yang pandai tapi kami ingin menjadi lebih pandai. Jadi kami belajar bersungguh-sungguh. Study smart and study hard. Itu membantu. Masuk Uni nanti, senang.

Bila dah terbiasa study hard, pasti akan automatik kita akan work hard. Tangan jadi pantas, kaki jadi tak boleh duduk diam. Ada saja kerja nak buat, dan bos akan suka. Silap-silap kita pulak bos jadinya. 🙂

 

Play hard? ini satu lagi rahsia kami. Bila kita dah study hard , tak salah kita play hard. Mainlah sepuas-puasnya, bila dapat peluang. Pergi jalan-jalan ke dalam dan luar negara. Cuba benda baru, siapa tahu kita jumpa diri kita yang kita cari selama ini. Cuba main bowling, kayaking, surfing dan segala macam sports baru yang ada dalam dunia ni.

Jadi , apa tunggu lagi ? Go for it.

 

🙂 😀 🙂 😀