SPM 2016. SPM 2017

Pada 16 Mac 2017, keputusan pelajar-pelajar SPM 2016 telah disampaikan dan kami sangat berbangga dengan prestasi pelajar-pelajar kami. Ada yang mengdapat A+ sehingga lulus dengan cemerlang di dalam subjek-subjek yang mereka duduki. Walau apapun keputusan yang anda dapat, anda mesti bersyukur dan redha serta pastikan anda bijak dalam tindakan seterusnya. Ya, post ini bukan berkenaan keputusan SPM tetapi berkenaan langkah seterusnya selepas mendapat keputusan SPM.

 

Langkah pertama, anda perlu memikirkan ke mana arah tujuan bidang akademik anda? Adakah anda mahu ke pusat Asasi? Matrikulasi? Diploma universiti? Politeknik & Kemahiran? atau Tingkatan 6? Jika anda belum membuat keputusan, nasihat saya adalah bertanyakan pakar seperti kaunselor, senior atau ibubapa & guru kerana mereka mungkin boleh memberi idea atau menunjukkan arah akademik anda. Jika anda sudah membuat keputusan, sila semak tahap kelayakan dan isi borang online untuk masuk belajar ke tempat yang anda pilih.

 

Jika anda masih ragu-ragu, bertindak segera untuk mencari jawapan dengan melayari web-web berkenaan tempat belajar dan banyakkan membaca dan mencari jawapan kepada persoalan yang bermain di minda anda. Ada banyak Education Fair yang giat dijalankan dikebanyakan universiti dan tempat-tempat terbuka. Pastikan anda keluar dan mencari sendiri jawapan tersebut kerana andalah orang yang akan menghadapinya kelak. Ibubapa boleh membantu tetapi keputusan sebenarnya terletak ditangan anda.

 

Yakinlah wahai pelajar, andalah manusia yang bertanggungjawab terhadap masa depan anda. Dan kami guru-guru akan sentiasa boleh membantu jika anda perlukan nasihat kami. Untuk kamu pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM 2017, nasihat kami guru-guru adalah tiba masanya untuk anda fokus dan melipatgandakan usaha untuk berjaya dalam peperiksaan SPM 2017 ini. Ingat, SPM penting dalam menentukan arah akademik anda yang seterusnya. JIka mahu, MAHU. Jika tidak mahu, bagilah seberapa banyak alasan kerana anda TIDAK MAHU.

 

Be Brave. TE

Program Cuti Sekolah 2015 Anjuran TE Seminar

Program Cuti Sekolah 2015 Anjuran TE Seminar dengan kerjasama TutorKami.

bengkel kimia spm 2016

intensif fizik

 

Bengkel Belajar Kimia Secara Efektif
Bengkel Intensif Fizik

Khas untuk pelajar yang akan ke Tingkatan 5 pada 2016.
1.Memantapkan asas kimia dan fizik.
2.Ulangkaji tajuk fokus tingkatan 4.
3.Teknik menjawab soalan
4.Perancangan belajar secara bijak dan tersusun tajuk tingkatan 5

Tarikh : 23, 24 dan 25 November
Yuran : RM90 untuk satu bengkel
Tawaran Istimewa : RM160 untuk kedua-dua bengkel
Lokasi : Seksyen U12 atau Seksyen 7 Shah Alam
Tempat amat terhad!

Sila hubungi : Hakeem 016 333 8042
Untuk maklumat lanjut sila ke website rasmi Tuisyen Efektif atau lawati Facebook page TE di www.facebook.com/tuisyenefektif