Exam is just around the corner ! ?

Hai semua ! Buat apa tuu ? Khabar angin mengatakan ada yang dah start exam minggu depan 🙂 Semua dah ready ke ? Takpe , jangan takut. Exam awal tahun senang je !

Sini saya nak share tips nak amik exam 🙂 🙂

  •   Semak Jadual Peperiksaan ?

Mesti tertanya-tanya kenapa kena semak jadual kan ? Kita semak jadual supaya kita lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan ! So , senang nanti tau nak ulangkaji mata pelajaran apa dulu.

  • ? Sentiasa datang awal untuk menduduki exam dan ELAKKAN datang lambat ?

Kenapa kena datang awal ? Mestilah kena datang awal , lol. Datang awal ni boleh buat diri lagi tenang tau 🙂 Bayangkan kalau kita datang lambat , peh confirm nanti gelabah la , time tula pulak tak jumpa alat tulis semua tuu. Belum lagi kalau tambah kena marah ngan cikgu sebab lambat. Haaa , kan dah hilang mood nak jawab exam ??

  • Semak semula alat tulis nak jawab exam cukup tak??

Hehe mestila kena semak. Nanti kalau tiba-tiba pen takde time nak jawab exam , nak tulis pakai apa ? So , semak lah siap-siap time sebelum gi tidur untuk jawab esok !

P.S. , Kalau terlupa jugak , ha takpe pergilah pinjam kawan punya pen (Harap-harap dia kasi la??)

  • Sentiasa ‘Cool’ and Confident time nak jawab exam tu ?

Nak jawab exam ni kena cool dengan confident. Kalau tak tenang dan terlalu nervous , nanti nombor 1 pon jadi 11 ? Tapi , jangan terlebih confident pulak. Bila dah terlebih confident , jawapan pon dah tak semak balik. Bila tak semak balik , peh rugi. Kadang-kadang ada soalan kita rasa dah betul , tapi salah sebenarnya. Lagi-lagi kalau salah dia tu , kita terlupa nak letak nombor 2 je ?

 

Okay , sampai situ je kot. Banyak-banyak nanti korang bukan baca pon ?Oh lagi satu , jangan lupa jaga kesihatan ! Kesihatan tu penting gak. Kalau sakit nanti , lagi perit nak amik exam ?

So students , study SMART study Hard. Jangan study hard je tapi tak study smart hehe.

GOODLUCK ! ??

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sincerely ,

Ex-Student TE.

Leave a Feedback / Questions !