Guru & Pengajar

Tenaga pengajar di Pusat Tuisyen Efektif merupakan gabungan guru sekolah dan guru tuisyen yang terlatih.  Guru-guru kami berpengalaman dan mempunyai skil serta teknik mengajar yang berkesan. Ini bagi memastikan pelajar dapat memahami dengan mudah dan memperoleh manfaat dari setiap sesi kelas. Guru-guru disini juga memastikan pelajar membuat latihan secukupnya sebelum ujian atau peperiksaaan mereka di sekolah. Berikut adalah para guru yang komited di Pusat Tuisyen kami:

 

mak height 365

Cikgu Noorhaida Sukardi

 

Cikgu Noorhaida Sukardi, berkelulusan dari Leicester University, United Kingdom dalam bidang Chemistry dan Diploma dalam Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 25 tahun di sekolah menengah untuk subjek Kimia, Fizik & Sains. Beliau merupakan pembina soalan percubaan SPM untuk negeri Johor (2000-2007) dan Kedah (2008-2013). Beliau juga pernah menjadi jurulatih ETeMS (English for Teaching Mathematics and Science) dan KOASMS (Kurikulum Matematik & Sains). Beliau telah dijemput untuk memberi ceramah teknik menjawab Kertas Kimia 2 SPM di sekolah-sekolah berasrama penuh, MRSM dan sekolah- sekolah menengah di seluruh negara.

Raheel

Cikgu Raheel

 

 

Pengemudi Tuisyen Efektif dalam subjek-subjek kritikal dan tunggak utama dalam merealisasikan impian para pelajar di seluruh Malaysia , khususnya Shah Alam , Selangor. Berkelulusan Ijazah Sarjana dari Universiti Putra Malaysia, wanita yang sepenuh masa komited terhadap pembelajaran dan pengajaran subjek Matematik Tambahan, Matematik Moden, Biologi, Fizik, Kimia dan Sains. Berpengalaman selama 11 tahun, Cikgu Raheel mempunyai keberkesanan teknik mengajar dan modul yang dirangka sendiri yang telah terbukti membantu ramai pelajar dibawah bimbingannya mencapai keputusan yang sangat cemerlang dalam pelajaran mereka.

 

Cikgu Wani

Seorang guru yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Profesional Bahasa Melayu di Universiti Teknologi Mara(UiTM), Shah Alam. Bepengalaman dalam mengajar bidang Bahasa sejak 2012 ketika menuntut di Akademi Pengajian Bahasa. Cikgu Hazwani mengambil peluang sebagai pelajar dan guru sambilan (tuisyen) sepanjang beliau mempraktikkan pembelajaran beliau di peringkat Ijazah Sarjana. Guru bahasa Malaysia yang berumur 27 Tahun ini sangat menggemari bahasa Malaysia. Cikgu Hazwani pernah berkhidmat sebagai guru persendirian dan mengambil ruang pengalaman di pusat tuisyen ternama.