Seminar Tuisyen – Better Tutors 2016

Seminar Better Tutors

Seminar Tuisyen Better Tutors

Adakah anda berminat untuk mengajar tuisyen sama ada secara sambilan atau sepenuh masa? Atau adakah anda seorang tutor yang ingin meningkatkan pengetahuan dalam bidang ini?

Jika ya, seminar ini adalah untuk anda!

TutorKami melancarkan Seminar Better Tutors (sebelum ini dikenali sebagai ‘Train the Tutor’) menggabungkan 3 trainer khusus untuk anda yang ingin menceburi bidang tuisyen ini secara serius.

Kenapa memilih tuisyen? Salah satu sebabnya kerana permintaan untuknya semakin berkembang setiap hari. Akhbar  The Star ( http://goo.gl/DCS50r ), melaporkan jumlah pusat tuisyen pada tahun 2010 sahaja adalah sebanyak 2967 buah, dengan bilangan pelajar seramai 194,567 orang. Ini bermakna dalam 4% daripada pelajar sekolah rendah dan menengah berjumlah 4,924, 725 di seluruh Malaysia mengikuti kelas di pusat tuisyen. (Statistik dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia )

Data dari MOE

Sila klik untuk besarkan imej

 

Manakala untuk private tuisyen pula, anda boleh pergi ke laman agensi home tuition seperti Tuitionplaza,Skyhometuition, MyPrivateTutor atau TutorKami dan anda akan dapati hampir setiap hari terdapat job home tuisyen diposkan. Jumlah job di 4 website ini sahaja (dari mula mereka dilancarkan) ialah sebanyak 119,842 job, iaitu MyPrivateTutor (60,000)*, Tuitionplaza.com (23,757 job)*, Skyhometuition.com (13,306)* dan TutorKami.com (1796) *. Malah terdapat banyak lagi website agensi home tuition lain. (*data setakat 6 Februari 2016)

Diluar negara pula, industri tuisyen bernilai jutaan malah di Korea atau Jepun sudah mencecah billion. Boleh lihat artikel disini . Malaysia kini sedang menuju ke arah menjadi negara maju seperti UK, USA, Jepun dan Korea, maka tidak mustahil industri ini akan mencecah nilai jutaan atau billion di negara kita suatu hari nanti. Anda juga boleh baca disini kajian yang dilakukan untuk mengenalpasti sebab-sebab ibubapa menghantar anak mereka untuk tuisyen.

Ok cukup untuk statistik. Jadi apakah tujuan seminar ini diadakan?

Disebabkan permintaan yang meningkat, semakin ramai guru tuisyen diperlukan. Idealnya, ibubapa memang mahukan guru sekolah untuk mengajar anak mereka. Hakikatnya, tidak ramai guru sekolah yang mahu membuat tuisyen. Terkejut bukan? Ini kerana, guru sekolah biasanya sangat sibuk. Setelah tamat waktu persekolahan, kebanyakan guru masih belum pulang untuk melakukan tugas-tugas seperti menyemak buku dan kertas ujian, menyediakan bahan pengajaran untuk kelas, mengemaskini rekod dan keputusan pelajar dan banyak lagi. Pada waktu senggang yang ada, cikgu sekolah akan menggunakannya untuk berehat atau bersama keluarga. Setelah seharian mengajar, mereka biasanya mahu membuat perkara yang lain selain mengajar. Disebabkan itu, tidak ramai guru sekolah yang mahu membuat tuisyen.

Hal ini menyebabkan tutor mendapat permintaan tinggi dari ibubapa. Walaupun tutor ini tidak menghadiri mana-mana Institusi Perguruan atau mempunyai Diploma atau Ijazah dalam Pendidikan, ini tidak bererti mereka tidak mampu mengajar dengan baik. Malah terdapat komen ibubapa mengatakan guru tuisyen yang mengajar anak mereka adalah sama bagus dengan guru di sekolah. Ini kerana tutor juga mempunyai minat yang tinggi untuk mengajar, dan mereka sentiasa berusaha untuk menambah skil mengajar, kemahiran dan pengetahuan mereka.

Inilah tujuan utama seminar ini diadakan. Ianya untuk para trainer kami berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka tentang bagaimana menjadi guru tuisyen yang bagus dan efektif. Bidang ini juga membolehkan seseorang itu untuk bekerja sendiri, dan pada masa yang sama memperoleh pendapatan yang mencukupi untuk hidup dengan selesa. Dan tahukah anda, terdapat guru tuisyen yang telah memperoleh pendapatan LIMA angka sebulan? Jika tidak percaya, silalah datang ke seminar ini untuk kami kongsikan nanti.

Terkini! 

TK EDU Sdn Bhd (pemilik agensi TutorKami) telah menerima geran dari Cradle Fund Sdn Bhd (agensi dibawah Ministry of Finance Malaysia). Oleh itu harga seminar bermula Mac tahun ini telah disubsidi sebahagiannya oleh pihak Cradle. Harga seminar sebelum ini ialah RM240 seorang.

 

Berbalik kepada seminar ini, siapakah barisan trainer yang akan mengendalikannya dan apakah yang akan anda pelajari?

Trainer Pertama:

Cikgu Nurul Nadiah – Pensyarah Jurusan Pendidikan dan Guru Tuisyen 

Cikgu Nurul Nadiah

Cikgu Nurul mempunyai ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL) dari Management & Science University (MSU). Sekarang beliau merupakan pensyarah di Kolej Universiti Poly Tech MARA bagi subjek pedagogi (sains dan seni tentang cara mengajar di sekolah) untuk pelajar-pelajar Diploma. Beliau juga berpengalaman mengajar selama 6 tahun sebagai guru tuisyen untuk subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi pelajar pra sekolah, sekolah rendah dan menengah rendah.

Untuk sejam pertama, Cikgu Nurul akan berkongsi tentang persediaan tutor bagi mengajar pelajar pra sekolah dan sekolah rendah:

  1. Silibus dan material bagi KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
  2. Format kertas peperiksaan UPSR terkini
  3. KBAT peringkat KSSR – apa perlu anda tahu dan persiapan untuknya
  4. Persediaan untuk kelas pertama – memberikan First Impression yang bagus kepada pelajar dan ibubapa

Untuk sejam kedua pula, beliau akan bercakap tentang perlaksanaan, teknik mengajar dan pengendalian pelajar peringkat pra sekolah dan sekolah rendah:

  1. Mengenal pelajar anda dan bagaimana mengendalikan mereka
  2. Pedagogi (sains dan seni mengajar) untuk peringat sekolah rendah
  3. Metadologi (teknik dan taktik mengajar) untuk peringat sekolah rendah

 

Trainer Kedua:

Cikgu Noorhaida Sukardi – Guru Sekolah, Guru Pakar dan Penceramah Teknik Menjawab SPM

mak height 365

Cikgu Noorhaida Sukardi, berkelulusan dari Leicester University, UK (Bachelor in Chemistry) dan Diploma dalam Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau berpengalaman mengajar selama 25 tahun di sekolah menengah untuk subjek Kimia, Fizik & Sains. Beliau sering dijemput untuk memberi ceramah teknik menjawab Kertas Kimia SPM di SBP, MRSM dan sekolah- sekolah menengah di seluruh negara. Beliau juga biasa diminta memberi ceramah meningkatkan profession guru, pembinaan soalan KBAT, dan kaedah membuat modul atau bahan memudahkan pengajaran kepada guru-guru sekolah.

Sekarang Cikgu Noorhaida mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam.

Untuk sejam pertama, Cikgu Noorhaida akan  bercakap tentang persediaan tutor bagi mengajar pelajar sekolah menengah:

  1. Silibus dan material bagi PT3 dan SPM
  2. Format kertas peperiksaan
  3. Rumusan topik setiap subjek – ketahui apa yang penting
  4. Menetapkan target untuk pelajar
  5. Planning/ rancangan pengajaran untuk pelajar
  6. Strategi & perlaksanaan mengajar untuk setiap kelas

Untuk sejam kedua pula, beliau akan bercakap tentang:

  1. KBAT peringkat PT3 dan SPM – apa perlu anda tahu dan persiapan untuknya
  2. Perkara asas perlu ada untuk menjadi pengajar atau cikgu
  3. Teknik mengajar yang efektif
  4. Jenis-jenis pelajar dan bagaimana mengendali mereka:
    • Pelajar yang tidak fokus, tidak pandai, malas, lupa, tidak ada motivasi, pelajar pasif dan lain-lain
  5. Persediaan pelajar untuk exam

 

Trainer Ketiga:

Cikgu Hambal Noorsham –  Pemilik Agensi Home Tuisyen TutorKami & Full Time Tutor

Hambal foto

Berkelulusan dari MMU (Bachelor in Business Information Systems), Cikgu Hambal telah menjadi guru tuisyen sepenuh masa sejak tahun 2011. Beliau mengajar subjek Matematik Tambahan & Fizik untuk SPM & IGCSE, Maths HL dan SL untuk IB, dan juga Calculus untuk pelajar Diploma dan Ijazah. Pada Ogos 2013, beliau telah melancarkan laman www.tutorkami.com untuk membantu ibubapa dan pelajar dari hampir seluruh Malaysia mendapatkan guru tuisyen yang boleh mengajar di rumah.

Beliau telah ditemubual oleh akhbar The Star (artikel  ‘Increase in Demand for Tuition in Malaysia‘) dan ditemubual oleh hos Datin Ira Ghani dalam rancangan Feminin RTM TV1 untuk segmen ‘Tuisyen di Rumah’ (video di sini)

Untuk sejam pertama, topik yang akan dikongsikan oleh Cikgu Hambal ialah:

  1. Marketing online & offline berkesan- bagaimana memberitahu ramai ibubapa dan pelajar tentang khidmat tuisyen anda.
  2. Pengurusan servis tuisyen anda:
    • Pengurusan klien
    • Pengurusan rekod, bayaran dan risiko

Untuk sejam kedua pula, beliau akan berkongsi:

  1. Kes studi- bagaimana bermula dari ‘zero’ hingga mendapat pendapatan 4 angka dari tuisyen
  2. Strategi memperoleh 5 angka pendapatan dari tuisyen
  3. Pendapatan tambahan lain
    • Membuat modul
    • Membuat video
    • Referral fees
    • Membuat bengkel

BONUS DAN EKSTRA!

Dengan menghadiri seminar ini, disamping mendapat semua ilmu dan tunjuk ajar di atas, para peserta juga akan mendapat semua yang dibawah ini:

1. Peluang melihat bagaimana kelas dijalankan

Para peserta boleh hadir ke Pusat Tuisyen Efektif untuk melihat sendiri bagaimana cikgu menjalankan kelas. Anda boleh melihat bagaimana cikgu mengajar, mengendalikan pelajar, dan bagaimana untuk memastikan pelajar tertarik dan tidak bosan dalam kelas. ( Setiap peserta seminar diberi 1 sesi kelas untuk dimasuki)

2. Percuma 1 modul

Modul ialah koleksi nota pendek dan latihan berfokuskan peperiksaan sebenar yang digabung sendiri oleh tutor bagi melancarkan perjalanan kelas. TE Modul, anak syarikat Tuisyen Efektif menghasilkan sendiri modul-modul untuk pelajar-pelajar mereka yang mengambil subjek Kimia, Add Maths & Fizik. Dengan modul ini, anda boleh mengetahui bagaimana anda juga boleh menghasilkan modul sendiri untuk kegunaan pelajar-pelajar anda.

3. Percuma ebook

Pada tahun 2013 kami telah menghasilkan ebook berjudul ’10 TIPS MENJADI CIKGU TUISYEN DI RUMAH YANG BERJAYA (DAN MASYUK!)’. Untuk tahun 2016, kami telah mengemaskininya. Ebook ini dijual pada harga RM15.90, tetapi untuk peserta seminar ini ianya akan diberikan secara percuma.

 

TENTATIF SEMINAR TUISYEN BETTER TUTORS

8.30 am : Pendaftaran

9-10am : Persediaan, Planning & Strategi Mengajar Peringkat Pra-sekolah & Sekolah Rendah (Cikgu Nurul)

10-11am: Teknik Mengajar & Pengendalian Pelajar Peringkat Pra-Sekolah & Rendah (Cikgu Nurul)

11-11.15am: Rehat

11.15-12.15pm: Persediaan, Planning & Strategi Mengajar Peringkat Menengah (Cikgu Noorhaida)

12.15-1.15pm: Teknik Mengajar & Pengendalian Pelajar Peringkat Menengah (Cikgu Noorhaida)

1.15-2.15pm: Makan Tengahari & Solat

2.15-3.15pm: Marketing & Pengurusan Servis Home Tuisyen (Cikgu Hambal)

3.15-4.15pm: Kes Studi & Strategi Peroleh 5 Angka dari Tuisyen. Pendapatan lain dalam industri ‘Supplementary Education’ ini (Cikgu Hambal)

4.15: Tamat. Sesi sembang santai untuk mereka yang belum mahu pulang dulu.

 

BAYARAN PENDAFTARAN

RM150 seorang

RM240 jika mendaftar berdua (jadi seorang RM120 sahaja)

Pendaftaran untuk seminar 20/3/16 (Kuala Lumpur) dan 27/3/16 (Melaka)  telah dibuka. Sila klik DI SINI untuk berdaftar.

Tarikh tutup pendaftaran seminar K.Lumpur: 11.50pm, Jumaat, 18 Mac 2016

Tarikh tutup pendaftaran seminar Seremban: 11.50pm, Jumaat, 25 Mac 2016

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-220 8594

Anda mahukan seminar ini dijalankan ditempat anda? Sila komen “Saya Mahu(jarak)Nama(jarak)Lokasi(jarak)Negeri(jarak)No Telefon” di bahagian komen dibawah atau boleh juga hantar SMS ke 019-220 8594.

TARIKH & LOKASI SEMINAR BETTER TUTORS 2016

1) Ahad, 21 Februari 2016. Lokasi: Pusat Tuisyen Efektif, Seksyen U12, Shah Alam (peta lokasi sila klik di sini)

2) Ahad, 28 Februari 2016. Lokasi:  No 662, Jalan Haruan 4/10, Oakland Commercial Centre, Seremban 2 (sila klik di sini untuk peta lokasi)

3) Ahad, 20 Mac 2016. Lokasi: Pejabat Aidan Technologies, 100-1, Jalan 2/23A, Tmn Danau Kota, Off Jln Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur (sila klik di sini untuk peta lokasi)

4) Ahad, 27 Mac 2016. Lokasi: Sek Keb Kampung Tun Razak, Bukit Katil, Melaka (sila klik di sini untuk peta lokasi)

5) Ahad, 17 April 2016. Lokasi: Johor Bahru

6) Ahad, 24 April 2016. Lokasi: Bangi

7) Ahad, 22 Mei 2016. Lokasi: Pulau Pinang

8) Ahad, 29 Mei 2016. Lokasi: Putrajaya

9) Ahad, 28 Ogos 2016. Lokasi: Ipoh

10) Ahad, 25 September 2016. Lokasi: Kuantan

11) Ahad, 27 November 2016. Lokasi: Ampang

12) Ahad, 18 Disember 2016. Lokasi: Bangi

Foto, video temubual, maklumabalas peserta pada seminar yang lepas

Seminar Guru Tuisyen Session 1 Cikgu Noorhaida

Seminar Guru Tuisyen Session 1 Cikgu Noorhaida

Seminar Tuisyen Train The Tutor Sesi 2

Seminar Tuisyen Train The Tutor Sesi 2

_DSC0948-2

Seminar Tuition Train The Tutor Sesi 2

 

Seminar Home Tuisyen Train The Tutor Sesi 3

Seminar Home Tuisyen Train The Tutor Sesi 3

_DSC0951-3

Seminar Private Tutor

Seminar Private Tutor

Seminar Private Tutor

 

Seminar Cikgu Tuisyen

Seminar Cikgu Tuisyen

Temubual Dengan Peserta Seminar (sesetengah video tidak dapat di load dengan betul, copy paste url ke browser anda untuk menontonnya)

 

Maklum balas dari peserta seminar

Testimonial Seminar Tuisyen

Maklum balas peserta seminar tuisyen

Maklum balas peserta seminar tuisyen

Maklum balas peserta seminar guru tuisyen

Maklum balas peserta seminar guru tuisyen

Maklum balas peserta seminar cikgu tuisyen

Maklum balas peserta seminar cikgu tuisyen

JUMPA ANDA DI SEMINAR BETTER TUTORS NANTI!

10 thoughts on “Seminar Tuisyen – Better Tutors 2016

  • January 15, 2015 at 1:53 pm
    Permalink

    Saya mahu Grace Bintulu Sarawak 0145990032

    Reply
  • January 26, 2015 at 8:18 am
    Permalink

    Saya mahu Norhaidah Seremban N.Sembilan
    0166291948

    Reply
  • January 27, 2015 at 5:06 pm
    Permalink

    Saya mahu NOR SHIELA OTHMAN MUAR JOHOR 0122648040

    Reply
  • January 27, 2015 at 5:08 pm
    Permalink

    Saya mahu norshiela othman muar johor 0122648040

    Reply
  • January 29, 2015 at 9:37 pm
    Permalink

    Hello, I have contact with En Hambal regard this Seminar. Currently been part time hometutor by tutorkami agency, I have ask to register and reserve a seat for me. See u this Sunday 🙂

    Reply
  • February 6, 2015 at 11:04 pm
    Permalink

    Kota kinabalu sabah.

    Reply
  • January 4, 2016 at 10:51 am
    Permalink

    Im interested with the Train the Tutor program. Is the session still available?

    Reply
    • February 12, 2016 at 12:08 am
      Permalink

      Hi Logitha, ok we have emailed you the details for the latest seminar info

      Reply
  • February 3, 2017 at 11:30 am
    Permalink

    Saya mahu Gaayathri Hulu Langat, Selangor 018-7002047

    Reply

Leave a Feedback / Questions !