SPM 2016. SPM 2017

Pada 16 Mac 2017, keputusan pelajar-pelajar SPM 2016 telah disampaikan dan kami sangat berbangga dengan prestasi pelajar-pelajar kami. Ada yang mengdapat A+ sehingga lulus dengan cemerlang di dalam subjek-subjek yang mereka duduki. Walau apapun keputusan yang anda dapat, anda mesti bersyukur dan redha serta pastikan anda bijak dalam tindakan seterusnya. Ya, post ini bukan berkenaan keputusan SPM tetapi berkenaan langkah seterusnya selepas mendapat keputusan SPM.

 

Langkah pertama, anda perlu memikirkan ke mana arah tujuan bidang akademik anda? Adakah anda mahu ke pusat Asasi? Matrikulasi? Diploma universiti? Politeknik & Kemahiran? atau Tingkatan 6? Jika anda belum membuat keputusan, nasihat saya adalah bertanyakan pakar seperti kaunselor, senior atau ibubapa & guru kerana mereka mungkin boleh memberi idea atau menunjukkan arah akademik anda. Jika anda sudah membuat keputusan, sila semak tahap kelayakan dan isi borang online untuk masuk belajar ke tempat yang anda pilih.

 

Jika anda masih ragu-ragu, bertindak segera untuk mencari jawapan dengan melayari web-web berkenaan tempat belajar dan banyakkan membaca dan mencari jawapan kepada persoalan yang bermain di minda anda. Ada banyak Education Fair yang giat dijalankan dikebanyakan universiti dan tempat-tempat terbuka. Pastikan anda keluar dan mencari sendiri jawapan tersebut kerana andalah orang yang akan menghadapinya kelak. Ibubapa boleh membantu tetapi keputusan sebenarnya terletak ditangan anda.

 

Yakinlah wahai pelajar, andalah manusia yang bertanggungjawab terhadap masa depan anda. Dan kami guru-guru akan sentiasa boleh membantu jika anda perlukan nasihat kami. Untuk kamu pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM 2017, nasihat kami guru-guru adalah tiba masanya untuk anda fokus dan melipatgandakan usaha untuk berjaya dalam peperiksaan SPM 2017 ini. Ingat, SPM penting dalam menentukan arah akademik anda yang seterusnya. JIka mahu, MAHU. Jika tidak mahu, bagilah seberapa banyak alasan kerana anda TIDAK MAHU.

 

Be Brave. TE

Leave a Feedback / Questions !